DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD
25DPM17F1012
SITI SHUADAH BINTI ZAINAL
25DPM17F1010
NURFARAHANA BINTI FAUZI
25DPM17F1014
MUHAMMAD SHAFIQ BIN LONG IBRAHIM
25DPM17F1026
25DPM17F1026
PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA
PENGHARGAAN
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan
tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Khairul Naim kerana
beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan
ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan
yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
PENDAHULUAN
Maksud autoriti dari segi bahasa ialah pihak berkuasa atau autoriti juga boleh ditakrifkan sebagai pangkat iaitu orang yang mempunyai gelaran. Manakala,dari Segi Istilah ialah kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku.
Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, maksud bagi autoriti ialah kuasa atau hak untuk mengeluarkan perintah, membuat keputusan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memindahkan kuasa kepada orang bawahan. Selain itu, Maksud kuasa ialah daya atau kemampuan untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu, keupayaan, kekuatan, tenaga.
Seseorang pengurus tidak boleh melakukan
kesemua pekerjaan dalam satu masa. Pengurus dengan sendiri memerlukan pekerja
untuk memudahkan urusan kerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab
tersendiri dalam melaksanakan tugasan. Sebaliknya, pekerja juga tidak dapat
melaksanakan tugas dengan baik tanpa sokongan dan tunjuk ajar daripada
pengurus. Oleh itu, proses pengorganisasian yang baik amat perlu bagi memastikan
semua pihak jelas dengan bidang tugas masing-masing.
Dalam aspek pembahagian dan pemberian tugasan
atau kerja, seseorang pengurus mestilah memberikan autoriti dan had kuasa bagi
membolehkan pekerjanya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Hal ini
amat penting kerana tanpa delegasi yang berkesan pekerja sukar melakukan tugas
mereka dan organisasi tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
OBJEKTIF
Berikut adalah objektif-objektif yang telah saya jalankan
1. Mengenalpasti definisi atau maksud
penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas.
2. Membangkitkan konflik penurunan kuasa
bagi pekerja yang menyalahgunkan kuasa tersebut.
3. Menghuraikan dan memahami penurunan
autoriti dan kuasa kepada pekerja.
4. Menyatakan kesan positif kepada pekerja
melalui penurunan autoriti dan kuasa.
5. Pembelajaran atau kesimpulan yang
diperolehi melalui kajian.
MATLAMAT
Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut (undang-undang) yang lebih licin, teratur , cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan dan tempat.Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancang, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan,dan pengawalan keatas perjalanan aktiviti.
Selain itu, melahirkan individu yang bertanggungjawab penuh dalam menyiapkan keseluruhan tugas apabila tugasan atau kuasa yang telah diserahkan kepadanya. Mewujudkan suasana apabila pekerja dapat menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat organisasi serta dapat memberikan faedah kepada individu terutama dalam peluang untuk meningkatkan kemahiran. Memberikan staf peluang untuk meningkatkan pencapaian yang sekaligus akan meningkatkan motivasi kendiri.Ini kerana mewujudkan rasa bahawa kepentingan untuk dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan organisasi.
Penurunan kuasa dapat membantu organisasi agar lebih efisien. Pengurus juga dapat menjimatkan masa yang banyak tanpa terlibat secara langsung dengan perkara-perkara kecil dan operasi harian. Dengan ini pengurus dapat memberi fokus kepada keseluruhan proses dan aktiviti organisasi seperti perancangan, pengorganisasian dan pengawalan. Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa sentiasa merujuk kepada pengurus atasan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberi kuasa membuat keputusan berkenaan bidangnya sendiri. Selain daripada itu, kualiti juga akan meningkat kerana pekerja dapat merasai lebih autonomi dan berasa lebih dihargai. Memberi latihan kepada orang bawahan bagaimana untuk mentadbir dan mengurus organisasi. lni secara langsung atau tidak akan membantu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkemahiran pada masa depan.
SKOP PROJEK
Blog ini menceritakan tentang maksud-maksud penurunan kuasa dan autoriti yang berlaku pada masa dahulu mahupun sekarang. Pada zaman Rasulullah penurunan kuasa dan autoriti juga telah dipraktikkan. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti konflik yang berlaku dalam penurunan kuasa dan autoriti. Kami juga mendapati bahawa daripada penurunan kuasa dan autoriti terdapat kesan negatif dan positif. Melalui blog ini juga, kami telah memberikan cadangan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.
KAJIAN PERPUSTAKAAN
Link 1 menerangkan tentang konsep penurunan kuasa dan autoriti dalam pengurusan islam. Link 2 menerangkan tentang maksud autoriti manakala, link 3 menerangkan tentang maksud kuasa. Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat menerangkan tentang maksud maksud autoriti dan penurunan kuasa.
SINOPSIS
Autoriti merupakan kuasa yang dipegang oleh seseorang dalam sesebuah
organisasi. Ia merupakan hak untuk membuat keputusan dan memberikan arahan. Biasanya
pegawai atasan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan memaklumkan orang
bawahannya apa yang perlu dilakukan. Selain itu autoriti juga ditafsirkan
sebagai hak atau kuasa untuk memerintah, memutus,mentadbir dan mengendalikan
sesuatu. Kuasa atau autoriti amat perlu untuk memudahkan
seseorang pengurus melaksanakan tugasnya di dalam organisasi. Ia merupakan pendorong
subordinat untuk patuh dan bersedia memberikan kerjasama kepadanya. Autoriti
lahir daripada kedudukan seseorang dalam rantaian perintah sesebuah organisasi. Contohnya, bermula daripada hierarki paling atas iaitu
pemilik perniagaan atau pemegang saham syarikat, yang seterusnya memilih
lembaga pengarah bagi menjaga kepentingan mereka. Lembaga pengarah yang
dilantik pula kemudiannya akan menurunkan autoriti kepada presiden atau
ketua pegawai eksekutif untuk mengetuai syarikat dalam urusan dan operasi
harian.
Konsep autoriti ini biasanya seiring
dengan konsep tanggungjawab. Tanggungjawab atau responsibility merupakan tugas
dan kewajipan melaksanakan sesuatu kerja yang telah diberikan. Dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab,
pekerja perlulah diberikan autoriti yang cukup. Tanggungjawab juga biasanya
tertakluk kepada kedudukan dan kemampuan seseorang dalam sesebuah organisasi.
Para pengurus mempunyai tanggungjawab yang lebih berbanding para pekerja. Ia
juga bergantung kepada tahap autoriti yang ada pada seseorang. Dengan adanya tanggungjawab yang jelas dan autoriti
yang cukup, para pengurus dan pekerja akan dapat menjalankan tugas dengan lebih
teratur dan berkesan.
Hierarki Di Dalam Organisasi
Pemilihan
pengganti
Pada
zaman Rasulullah, baginda s.a.w pernah melantik seorang pengganti apabila
baginda keluar ke medan perang.Tugas besar pengganti yang dilantik itu ialah
menjadi imam solat dan pernah juga dilantik sebagai ketua angkatan tentera
ketika baginda s.a.w tidak dapat keluar berperang.
Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan
Rasuluallah juga telah diwarisi sahabatnya. Menurut Mohd Khud Ali,:
“cara pentadbiran Umar adalah sama
seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya,Abu Bakar iaitu memberi kebebasan
kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permasalahan
awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik
dalam keadaantertutup atau dalam keadaan terbuka.”
Penurunan
kuasa adalah untuk tujuan pelaksanaan status yang lebih licin ,teratur, cepat
dan berkesan mengikut masa, keadaan (situasi) dan tempat. Dalam pembahagian
tugas, seorang pengurus harus memberikan pekerja tersebut autoriti dan had
kuasa bagi membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti pekerja bagi menentukan
aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih lancar seperti apa yang
dirancang ,ia memerlukan sistem pengawasan ,penyelarasan dan organisasi,segala
peraturan ,dasar,prosedur dan sistem hubungan yang baik kepada keseluruhan
kakitangan organisasi.
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan perbincangan kumpulan kami, kami
telah memilih tajuk autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas
berdasarkan cadangan tajuk yang diberikan.Berdasarkan penelitian kami, kami
dapat mengesan beberapa konflik yang timbul bagi sesetengah syarikat mahupun
organisasi berkaitan penurunan kuasa.Perkara pertama yang timbul adalah pekerja
tersebut mengambil kesempatan di atas kuasa yang diterima oleh
majikannya.Sebagai contohnya, pekerja tersebut bersikap lepas tangan atas
tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan menyerahkan tugasannya kepada
pekerja bawahan.Di samping itu, pekerja tersebut bersikap ‘gila kuasa’ dengan
suka mengarah-arahkan pekerja lain melaksanakan tugasan dalam bilangan yang
berlebihan dan membebankan pekerja tersebut.Hal ini akan menyebabkan urusan
pejabat tidak akan berjalan dengan lancar dan cepat.
PERBINCANGAN
Cadangan bagi perbincangan di atas ialah sebagai pengurus di sebuah syarikat, sebelum menurunkan kuasa kepada pekerja, pengurus mestilah menilai potensi atau kredibiliti seseorang itu bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
Sesebuah organisasi
memerlukan pekerja yang bersatu padu supaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
Sekirnya tidak mempunyai perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi
itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi
akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha
hendaklah wujud di sesebuah organisasi bagi menjamin percapaian yang telah
disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu
bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan
dan prosedur yang di buat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan
satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.
Ganjaran
merupakan sesuatu yang pegawai dapatkan yang disesuaikan dengan pekerjaan yang
diterima sebagai balasan apa yang dia kerjakan.Sebagai contoh seperti
gaji,bonus da elaun.
Allah
berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu
tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :
Maksudnya:Sesiapa yang beramal soleh, dari
lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, makaSesungguhnya Kami akan
menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; danSesungguhnya Kami akan membalas
mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.
(al-Nahl : 97)
Pembahagian
ganjaran terbahagi kepada:
Ganjaran
ekstrintik merupakan ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus manakala
Instrintik ialah ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja
cemerlang. Tujuan
ganjaran yang diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota
organisasi selesa dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan
keinginan anggota organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut
Islam,betapa pentingnya nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang
melaksanakan tugasanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.
Ganjaran biasanya diberi berdasarkan
prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam menjalankan kerja
mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan dihargai. Dalil hadis
daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil
kira berdasarkan niatnya.”
Pembayaran
upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak, Pembayaran perlu dilakukan secara tepat
mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjaran sewajarnya patut
diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa
sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi
contoh kepada kakitangan yang lain.
Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil
peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik mahupun
ganjaran ekstrintik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak
boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang
sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.
Keberkesanan penurunan kuasa dan autoriti ini bergantung juga kepada
kedudukan seseorang itu dalam rantaian perintah. Untuk menyerahkan tugas kepada
orang lain mesti ada suatu talian kuasa memerintah yang jelas dan bertingkat
dari peringkat atasan sehinggalah kepada peringkat paling bawah. Dengan adanya
rantaian ini, ahli organisasi dapat memahami kelebihan penurunan kuasa dan
autoriti.
- Mengurangkan beban kerja – Beban kerja pihak pembuat keputusan dapat dikurangkan kerana mendapat bantuan daripada pekerja bawahannya. Dengan cara ini, pengurus atasan dapat memberikan tumpuan pasa pencapaian strategi organisasi.
- Kelancaran kerja – Kehilangan masa bekerja dan kelewatan kerja dapat dielakkan kerana pembuatan keputusan tidak perlu datang dari pihak atasan.
- Pekerja terlatih – Pengurus bawahan akan mendapat pengalaman membuat keputusan. Kemahiran membuat keputusan ini penting sekiranya mereka dinaikkan pangkat kelak.
- Menjimatkan masa - Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa sentiasa merujuk kepada pengurus atasan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberi kuasa membuat keputusan berkenaan bidangnya sendiri.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pemimpin yang diberi jawatan ketua dalam
bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi yang
dipimpin mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah SWT di dalam
Al-Quran. Pengurus tidak mampu melaksanakan tugasan dengan berkesan tanpa
sokongan dan bantuan daripada rakan dan orang bawahannya. Oleh yang demikian,
konsep penurunan kuasa ini merupakan konsep yang wajar dilaksanakan oleh setiap
pengurus atau pemimpin. Selain daripada melancarkan pelaksanaan kerja, konsep
ini juga dapat meningkatkan motivasi para pekerja. Walau bagaimanapun pengurus
harus tahu bagaimana proses menurunkan autoriti dengan lebih teratur dan
berkesan.
Antara langkah yang perlu diambil adalah menentukan objektif dan piawai, memastikan
kefahaman pekerja, latihan yang mencukupi dan maklum balas berterusan. Dengan
kefahaman yang mendalam mengenai proses penurunan kerja ini, adalah diharapkan
urusan pembahagian autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja dapat berjalan
dengan teratur dan lancar. Sehubungan dengan itu juga, ketidakpuas hati di kalangan
pekerja juga dapat dikurangkan. Keprihatinan dan kebajikan kakitangan merupakan
antara elemen yang perlu dititikberatkan kerana kedua-dua merupakan
tanggungjawab yang dipersoalkan pada hari kebangkitan.
Selain itu, melalui penurunan autoriti dapat membina reputasi yang baik,berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama orang lain bagi mencapai matlamat.Seterusnya, ia juga dapat memupuk kebolehan memahami atau menjangkakan saling tukaran atau persamaaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan pengikutnya. Di samping itu, berkebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain. Sehubungan dengan itu, kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan. Akhir sekali, komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.
SUMBER RUJUKAN
1. http://danialde4.blogspot.my/2013/08/autoriti.html http://prpm.dbp.gov.my/carikeyword=autoriti
2. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kuasa&d=158212&
3. Kamus Pelajar Edisi Kedua
4. Kamus Dewan Edisi Keempat
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment