Wednesday, 28 February 2018

PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA


    DUA 2022: PENGURUSAN DALAM ISLAM



                                             

                                           
                 NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD
                          25DPM17F1012
                    
                SITI SHUADAH BINTI ZAINAL
                          25DPM17F1010 
                       
               NURFARAHANA BINTI FAUZI
 25DPM17F1014

MUHAMMAD SHAFIQ BIN LONG IBRAHIM 
25DPM17F1026



                   



                    PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA 



PENGHARGAAN



    Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Khairul Naim kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
   

    Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.



PENDAHULUAN


     Maksud autoriti dari segi bahasa ialah pihak berkuasa atau autoriti juga boleh ditakrifkan sebagai pangkat iaitu orang yang mempunyai gelaran. Manakala,dari Segi Istilah ialah kuasa untuk mempengaruhi pendapat, pandangan atau tingkah laku.


     Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, maksud bagi autoriti ialah kuasa atau hak untuk mengeluarkan perintah, membuat keputusan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memindahkan kuasa kepada orang bawahan. Selain itu, Maksud kuasa ialah daya atau kemampuan untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu, keupayaan, kekuatan, tenaga.


    Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua pekerjaan dalam satu masa. Pengurus dengan sendiri memerlukan pekerja untuk memudahkan urusan kerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam melaksanakan tugasan. Sebaliknya, pekerja juga tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik tanpa sokongan dan tunjuk ajar daripada pengurus. Oleh itu, proses pengorganisasian yang baik amat perlu bagi memastikan semua pihak jelas dengan bidang tugas masing-masing.


   Dalam aspek pembahagian dan pemberian tugasan atau kerja, seseorang pengurus mestilah memberikan autoriti dan had kuasa bagi membolehkan pekerjanya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Hal ini amat penting kerana tanpa delegasi yang berkesan pekerja sukar melakukan tugas mereka dan organisasi tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.



OBJEKTIF



Berikut adalah objektif-objektif yang telah saya jalankan

1. Mengenalpasti definisi atau maksud penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas.

2. Membangkitkan konflik penurunan kuasa bagi pekerja yang menyalahgunkan kuasa tersebut.

3. Menghuraikan dan memahami penurunan autoriti dan kuasa kepada pekerja.

4. Menyatakan kesan positif kepada pekerja melalui penurunan autoriti dan kuasa.

5. Pembelajaran atau kesimpulan yang diperolehi melalui kajian.



MATLAMAT


     Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut (undang-undang) yang lebih licin, teratur , cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan dan tempat.Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancang, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan,dan pengawalan keatas perjalanan aktiviti.


       Selain itu, melahirkan individu yang bertanggungjawab penuh dalam menyiapkan keseluruhan tugas apabila tugasan atau kuasa yang telah diserahkan kepadanya. Mewujudkan suasana apabila pekerja dapat menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat organisasi serta dapat memberikan faedah kepada individu terutama dalam peluang untuk meningkatkan kemahiran. Memberikan staf peluang untuk meningkatkan pencapaian yang sekaligus akan meningkatkan motivasi kendiri.Ini kerana mewujudkan rasa bahawa kepentingan untuk dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan organisasi.


      Penurunan kuasa dapat membantu organisasi agar lebih efisien. Pengurus juga dapat menjimatkan masa yang banyak tanpa terlibat secara langsung dengan perkara-perkara kecil dan operasi harian. Dengan ini pengurus dapat memberi fokus kepada keseluruhan proses dan aktiviti organisasi seperti perancangan, pengorganisasian dan pengawalan. Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa sentiasa merujuk kepada pengurus atasan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberi kuasa membuat keputusan berkenaan bidangnya sendiri. Selain daripada itu, kualiti juga akan meningkat kerana pekerja dapat merasai lebih autonomi dan berasa lebih dihargai. Memberi latihan kepada orang bawahan bagaimana untuk mentadbir dan mengurus organisasi. lni secara langsung atau tidak akan membantu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkemahiran pada masa depan.



SKOP PROJEK
 

     Blog ini menceritakan tentang maksud-maksud penurunan kuasa dan autoriti yang berlaku pada masa dahulu mahupun sekarang. Pada zaman Rasulullah penurunan kuasa dan autoriti juga telah dipraktikkan. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti konflik yang berlaku dalam penurunan kuasa dan autoriti. Kami juga mendapati bahawa daripada penurunan kuasa dan autoriti terdapat kesan negatif dan positif. Melalui blog ini juga, kami telah memberikan cadangan bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.



KAJIAN PERPUSTAKAAN


    Link 1 menerangkan tentang konsep penurunan kuasa dan autoriti dalam pengurusan islam. Link 2 menerangkan tentang maksud autoriti manakala, link 3 menerangkan tentang maksud kuasa.  Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat menerangkan tentang maksud maksud autoriti dan penurunan kuasa.

         




SINOPSIS


      Autoriti merupakan kuasa yang dipegang oleh seseorang dalam sesebuah organisasi. Ia merupakan hak untuk membuat keputusan dan memberikan arahan. Biasanya pegawai atasan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan memaklumkan orang bawahannya apa yang perlu dilakukan. Selain itu autoriti juga ditafsirkan sebagai hak atau kuasa untuk memerintah, memutus,mentadbir dan mengendalikan sesuatu. Kuasa atau autoriti amat perlu untuk memudahkan seseorang pengurus melaksanakan tugasnya di dalam organisasi. Ia merupakan pendorong subordinat untuk patuh dan bersedia memberikan kerjasama kepadanya. Autoriti lahir daripada kedudukan seseorang dalam rantaian perintah sesebuah organisasi. Contohnya, bermula daripada hierarki paling atas iaitu pemilik perniagaan atau pemegang saham syarikat, yang seterusnya memilih lembaga pengarah bagi menjaga kepentingan mereka. Lembaga pengarah yang dilantik pula kemudiannya akan menurunkan autoriti kepada presiden atau ketua pegawai eksekutif untuk mengetuai syarikat dalam urusan dan operasi harian.


     
         Konsep autoriti ini biasanya seiring dengan konsep tanggungjawab. Tanggungjawab atau responsibility merupakan tugas dan kewajipan melaksanakan sesuatu kerja yang telah diberikan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, pekerja perlulah diberikan autoriti yang cukup. Tanggungjawab juga biasanya tertakluk kepada kedudukan dan kemampuan seseorang dalam sesebuah organisasi. Para pengurus mempunyai tanggungjawab yang lebih berbanding para pekerja. Ia juga bergantung kepada tahap autoriti yang ada pada seseorang. Dengan adanya tanggungjawab yang jelas dan autoriti yang cukup, para pengurus dan pekerja akan dapat menjalankan tugas dengan lebih teratur dan berkesan.
Hierarki Di Dalam Organisasi



 PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT 



Pemilihan pengganti

         Sistem syura iaitu mengambil keputusan dalam pelantikkan pemimpin berdasarkan kepada  pandangan ahli yang berwibawa. Mengkaji keseluruhan aspek keperibadiannya, termasuk sikap beliau terhadap masyarakat, kebijaksanaan, ketekunan, keimanan dan kezuhudan. Mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Menitikberatkan Keprihatinan dan kebajikan kakitangan kerana kedua-duanya merupakan tanggunjawab yang akan dipersoalkan pada hari pembangkitan.


           Pada zaman Rasulullah, baginda s.a.w pernah melantik seorang pengganti apabila baginda keluar ke medan perang.Tugas besar pengganti yang dilantik itu ialah menjadi imam solat dan pernah juga dilantik sebagai ketua angkatan tentera ketika baginda s.a.w tidak dapat keluar berperang.
Amalan  penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasuluallah juga telah diwarisi sahabatnya. Menurut Mohd Khud Ali,:


             “cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya,Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permasalahan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaantertutup atau dalam keadaan terbuka.”



         Penurunan kuasa adalah untuk tujuan pelaksanaan status yang lebih licin ,teratur, cepat dan berkesan mengikut masa, keadaan (situasi) dan tempat. Dalam pembahagian tugas, seorang pengurus harus memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti pekerja bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih lancar seperti apa yang dirancang ,ia memerlukan sistem pengawasan ,penyelarasan dan organisasi,segala peraturan ,dasar,prosedur dan sistem hubungan yang baik kepada keseluruhan kakitangan organisasi.


PENYATAAN MASALAH


     Berdasarkan perbincangan kumpulan kami, kami telah memilih tajuk autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas berdasarkan cadangan tajuk yang diberikan.Berdasarkan penelitian kami, kami dapat mengesan beberapa konflik yang timbul bagi sesetengah syarikat mahupun organisasi berkaitan penurunan kuasa.Perkara pertama yang timbul adalah pekerja tersebut mengambil kesempatan di atas kuasa yang diterima oleh majikannya.Sebagai contohnya, pekerja tersebut bersikap lepas tangan atas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan menyerahkan tugasannya kepada pekerja bawahan.Di samping itu, pekerja tersebut bersikap ‘gila kuasa’ dengan suka mengarah-arahkan pekerja lain melaksanakan tugasan dalam bilangan yang berlebihan dan membebankan pekerja tersebut.Hal ini akan menyebabkan urusan pejabat tidak akan berjalan dengan lancar dan cepat.



PERBINCANGAN


    Cadangan bagi perbincangan di atas ialah sebagai pengurus di sebuah syarikat, sebelum menurunkan kuasa kepada pekerja, pengurus mestilah menilai potensi atau kredibiliti seseorang itu bagi mengelakkan perkara ini berlaku.


     Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang bersatu padu supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekirnya tidak mempunyai perpaduan di kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di sesebuah organisasi bagi menjamin percapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang di buat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan individu yang lain.



PEMBAHAGIAN GANJARAN


   
      Ganjaran merupakan sesuatu yang pegawai dapatkan yang disesuaikan dengan pekerjaan yang diterima sebagai balasan apa yang dia kerjakan.Sebagai contoh seperti gaji,bonus da elaun.
Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :


    Maksudnya:Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, makaSesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; danSesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (al-Nahl : 97)



Pembahagian ganjaran terbahagi kepada:



      Ganjaran ekstrintik merupakan ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus manakala Instrintik ialah ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang. Tujuan ganjaran yang diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota organisasi selesa dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan keinginan anggota organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut Islam,betapa pentingnya nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang melaksanakan tugasanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.


     Ganjaran biasanya diberi berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja dalam menjalankan kerja mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan dihargai. Dalil hadis daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niatnya.”
Pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak, Pembayaran perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.


     Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik mahupun ganjaran ekstrintik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.


 Kelebihan Penurunan Kuasa Dan Autoriti

 Keberkesanan penurunan kuasa dan autoriti ini bergantung juga kepada kedudukan seseorang itu dalam rantaian perintah. Untuk menyerahkan tugas kepada orang lain mesti ada suatu talian kuasa memerintah yang jelas dan bertingkat dari peringkat atasan sehinggalah kepada peringkat paling bawah. Dengan adanya rantaian ini, ahli organisasi dapat memahami kelebihan penurunan kuasa dan autoriti. 

  •  Mengurangkan beban kerja – Beban kerja pihak pembuat keputusan dapat dikurangkan kerana mendapat bantuan daripada pekerja bawahannya. Dengan cara ini, pengurus atasan dapat memberikan tumpuan pasa pencapaian strategi organisasi.
  •    Kelancaran kerja – Kehilangan masa bekerja dan kelewatan kerja dapat dielakkan kerana pembuatan keputusan tidak perlu datang dari pihak atasan.
  •   Pekerja terlatih – Pengurus bawahan akan mendapat pengalaman membuat keputusan. Kemahiran membuat keputusan ini penting sekiranya mereka dinaikkan pangkat kelak.
  •  Menjimatkan masa - Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa sentiasa merujuk kepada pengurus atasan. Hal ini dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang pakar mengenai sesuatu tugas diberi kuasa membuat keputusan berkenaan bidangnya sendiri.




KESIMPULAN DAN CADANGAN





         Pemimpin yang diberi jawatan ketua dalam bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi yang dipimpin mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Pengurus tidak mampu melaksanakan tugasan dengan berkesan tanpa sokongan dan bantuan daripada rakan dan orang bawahannya. Oleh yang demikian, konsep penurunan kuasa ini merupakan konsep yang wajar dilaksanakan oleh setiap pengurus atau pemimpin. Selain daripada melancarkan pelaksanaan kerja, konsep ini juga dapat meningkatkan motivasi para pekerja. Walau bagaimanapun pengurus harus tahu bagaimana proses menurunkan autoriti dengan lebih teratur dan berkesan. 

          Antara langkah yang perlu diambil adalah menentukan objektif dan piawai, memastikan kefahaman pekerja, latihan yang mencukupi dan maklum balas berterusan. Dengan kefahaman yang mendalam mengenai proses penurunan kerja ini, adalah diharapkan urusan pembahagian autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Sehubungan dengan itu juga, ketidakpuas hati di kalangan pekerja juga dapat dikurangkan. Keprihatinan dan kebajikan kakitangan merupakan antara elemen yang perlu dititikberatkan kerana kedua-dua merupakan tanggungjawab yang dipersoalkan pada hari kebangkitan.
   
        Selain itu, melalui penurunan autoriti dapat membina reputasi yang baik,berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama orang lain bagi mencapai matlamat.Seterusnya, ia juga dapat memupuk kebolehan memahami atau menjangkakan saling tukaran atau persamaaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan  pengikutnya. Di samping itu, berkebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain. Sehubungan dengan itu, kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan. Akhir sekali, komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.





SUMBER RUJUKAN


1.  http://danialde4.blogspot.my/2013/08/autoriti.html http://prpm.dbp.gov.my/carikeyword=autoriti 

2.  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kuasa&d=158212&

3. Kamus Pelajar Edisi Kedua

4. Kamus Dewan Edisi Keempat


LAMPIRAN